Tuesday, 3 January 2017

Azam Tahun 2017

Azam ni harap sangat dapat buat tahun 2017 ni which is habiskan cerita trip-trip tertunggak sebelum banyak info penting aku lupa..btw semua trip ni adalah solo secara backpack sahaja :) Sape cakap pompuan tak boleh buat..hihi..all you have to do are to have a little courage and confidence

1- Thailand (Hatyai-Krabi) - tak habis lagi since 1st day start blogging..haha
2- Indonesia (Jakarta-Bandung)
3- Cambodia (Siem Reap)
4-Vietnam (Ho Chi Minh, Dalat,Muine)
5-China (Beijing,Shanghai,Xi'an)

Doakan aku berjaya buat..aminn

Mutianyu Great Wall


Saturday, 21 May 2016

Solo trip Krabi-Hatyai ## Day 1 - Part 2 ## Krabi Town


Tepat pukul 12.30 pm bas pun bergerak menuju ke pekan Krabi. Aku sengaja pilih untuk stay dekat pekan Krabi dan bukan dekat pantai Aonang sebab aku prefer kawasan yang tak busy sangat. Lagi pun aku dah bajet nak pegi pasar malam Krabi..hehe

Bukan takde songthaew nak ke pekan Krabi dari Aonang tapi aku takut nak naik malam-malam. Yela 1st time trip solo ke ober-c kekdahnye.

So aktiviti dalam bas adalah tido. Tapi tak selesa sangat sebab seat bas sempit. Nasib baik sebelah aku mamat keding yang duduk. Tak la tension nak berhimpit.

Tak tau la korang boleh nampak ke tak seat tu sempit dari gambar ni
Aku tengok minah salleh sebelah seat aku seksa je nampak gayanya sebab dorang kan badan besar. Seat bas lak comel je. Bas pulak nama je ekspress tapi ekceli bas benti-benti macam bas Rapid/Metro tu ha. Boleh turun and naik sesuka hati korang.

At 3 pm macam tu, about half way journey from starting point, kitorang pun berhenti toilet break dekat RnR Trang. Ni je satu-satunya RnR yang ada sepanjang perjalanan ke Krabi. Kedai makanan halal pun ada dalam ni tapi aku tak beli apa-apa pun.


Daun pandan belakang pintu toilet..kreatifkan..bau pun wangi saje

Naik bas sambung tido balik. Nak tengok Tv tak paham sebab drama Thai. Tetiba dengar suara dorang gelak je. Lawak la kot gamaknye. Kadang-kadang driver pasang lagu Thai.

Aku sampai pekan Krabi pukul 5.30 pm.

kalau nampak patung-patung atas tiang tu means dah nak sampai pekan Krabi


Sampai je dekat stesen bas Krabi tu aku terus beli tiket bas balik ke Hatyai siap-siap. Auntie tu cas aku 170 Baht. Lebih kurang RM17 la.

Aku still beli tiket bas ting-ting tu sebab paling murah walaupun hazab..haha..perjalanan balik nanti lagi berganda hazabunnya. Nanti aku cerita.

Dari stesen bas tu aku naik songthaew ke pekan Krabi. 20 baht. Driver tu cakap nak drop aku dekat guesthouse tapi nan hado. Tipu saje. Dia drop aku dekat tengah town and aku pun carila sendiri.

Aku tak beli simkad siam tapi aku dah screenshot siap-siap direction ke guesthouse aku guna google map. Tapi tu la teori dan realiti itu satu benda yang berbeza.

Walaupun dah buat kajian tapi tetapla blur tengok map..haha..penat pusing sana sini aku pun benti dinner dekat satu gerai Melayu Thai tepi satu mall ni. Lapaq weh. Dah nak Maghrib masa tu. Mau tak kebulur.

Aku makan nasi ayam dan cha yen @ teh ais yang digembar gemburkan sedap tu. Total 70 Bath. Cha yen sangatla tak boleh diterima oleh anak tekak aku sebab teramat manissss.. Aku tak makan manis sangat. That's why. 

Macam menyesal order tapi kalau tak order tak tau cemana rasa cha yen pulak kan.


Kedai nasi ayam








Saturday, 20 February 2016

Bajet murah solo travel ke Jakarta-Bandung


Masa nak balik Malaysia

  Baru la aku paham perasaan blogger lain yang bercinta nak update blog especially pasal travelling.
Aku yang baru nak berjinak ni pun malas yang amat..muahaha. Nanti la aku sambung balik trip Hatyai-Krabi tu. Cuti Chinese New Year baru-baru ni aku ke Jakarta & Bandung for 5 days. Ekceli 4 hari full activities, yang hari last tu flight aku pukul 8.30 pagi. 

 Korang semua tau kan kalau cuti public holiday ni segala benda naik especially flight tiket. Aku berjaya dapat tiket return ke Jakarta for RM150. Bagi aku murah la sebab destinasi lain mahal nak mamp**. Tak mampu manusia yang xde duit sangat tapi nak berjalan ober-c macam aku ni nak beli dek non oii. Aku rasa Jakarta je murah sebab kes kena bom baru-baru ni kot. Tu pun aku beli dekat sorang abg ni. Dia jual tiket Airasia by redeem points. Kalau beli sendiri dekat website Airasia mau kena RM300++ masa aku cek ritu. Tak kenal langsung pun dengan brader ni. Aku ada join group Backpacker Buddy Malaysia dekat Facebook. Pastu aku nampak la ada member yang post dia beli tiket return ke Jakarta murah yakni RM150 dengan that brader. Aku pun apa lagi, sepantas kilat pm nak beli tiket. Berbaloi jugak la aku follow group tu..kihkih



Sunday, 3 January 2016

Solo trip Krabi-Hatyai ## Day 1 - Part 1 ## Imigresen Sadao Thailand



Trip ni adalah trip solo pertama aku ke luar negara. Walaupun dekat je dan tak asing sangat dengan penduduk Malaysia..hihi..

Aku suka baca blog-blog melancong ni. Tu yang jadi terinspirasi nak pegi merasa jugak selagi badan dan kewangan masih mengizinkan. Especially as a solo backpacker since aku takde geng yang nak ikut. Bespren aku dah kawin..sobsobss

Kalau tak dia la geng sehati sejiwa aku yang suka ikut berjalan. Nak tunggu member lain berjanggut la. Macam-macam alasan. Trip aku ni cuma 4 hari 3 malam.
   
23 Dec 2015 - Rabu (malam)

Sempena cuti umum Khamis (Maulud Nabi) & Jumaat (Christmas), aku pun lajakkan terus cuti tu sampai Ahad.
Tak payah susah nak apply cuti sebab bos aku tu sangat kedekut nak bagi cuti. Nyampahhh.. 

Aku plan ni pun mengejut sebab awal bulan Dec hari tu baru aku perasan ada cuti umum hujung bulan. So ape lagi kan, menggeletis kaki ni nak berjalan.

Rabu tu aku masih berkerja. Sebab bas aku malam pukul 10.45 pm. Aku book online dekat website ni www.busonlineticket.com .

Plan awal nak merasa naik sleeper train to Hatyai tapi tiket semua seat dah habis la pulak. Tiket duduk pun habis uolss. 
Sebab musim cuti kot.

Masa pegi aku book bas Alisan Golden coach RM 70. Ni je yang paling murah. Tak tau la kalau dapat lagi murah beli kat kaunter. Executive seat rasanya sebab tiket bas murah lain dah habis. Kalau ada pun perjalanan pagi dan akan sampai Hatyai malam.

Cilok dari Google 

Aku nak sampai Hatyai pagi sebab nanti jimat banyak masa. Masa balik pulak aku book bas biasa, Intertop Express. Harga tiket RM 55.

Cilok dari Google jugak

Total semua termasuk online transaction fees adalah RM 131.75. Cuak jugak masa nak pilih bas Intertop tu sebab aku tak pernah dengar..haha..takut bas prebet sapu ke apa kan.

Nanti korang print je confirmation tiket yang dia hantar by emel dan tunjukkan dekat kaunter untuk penukaran tiket sebenar before boarding.

Tak print emel tu pun takpe sebab dia just nak no booking korang je. Tapi in case hp korang habis bateri ke internet problem ke ape kan..print je la senang.

Bas Alisan aku tu based dekat Desa Kompleks Kepong. Ada yang dari Terminal Bersepadu Salak Selatan (TBS) tapi timing yang aku book tu kena naik dari Kepong.

Masa balik pulak bas Intertop tu akan campak aku dekat TBS. Macam pening je kan

Kompleks Desa Kepong - Google
Tapi tu je pilihan yang aku dapat untuk masa yang aku nak. So lepas balik kerja, mandi siap semua aku pun gerak la ke TBS untuk park kereta siap-siap.

Disebabkan balik nanti takde sape nak jemput. By the way, rate masa aku park tu just RM4 per day = 24 jam. Worth it la dari tempat lain.

Tengah tunggu komuter dari TBS ke Stesen Kepong Sentral
Snap gambar tiang tempat aku parking takut lupa balik nanti


Dari TBS ke Kompleks Desa Kepong tu naik je komuter. Dalam RM 3.70 satu tiket.Then korang turun dekat Stesen Kepong Sentral. Cross jalan besar guna jejantas kat situ dan Kompleks Desa Kepong akan berada di sebelah kanan.

Sangat la senang. Kaunter Alisan betul-betul depan pintu masuk kompleks tu.

Dalam pukul 10.50 pm macma tu bas pun gerak. Ekceli aku baru terperasan yang aku naik satu bas sama dengan sorang blogger ni yang aku pernah baca blog dia tapi segan la pulak nak tegur sebab dia dalam satu group. So apa lagi, moh le kita mentidoo..

Bas berhenti sekali je dekat area Ipoh untuk isi minyak and toilet break. Jadi la sebab malam semua orang tido. Nak dekat pukul 5 am baru la sampai sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Bas park tepi dulu sebab imigresen kaunter tak bukak lagi masa ni. Bukak dalam pukul 6 am tak silap aku. Tapi sebab bas beratur tunggu turn nak drop penumpang, setengah jam jugak la baru turun pegi scan passport.
Masa berhanti ni driver akan kutip passport korang semua. Aku ingat dorang nak tolong isi white card @ immigration card la sebab aku baca dalam blog sebelum ni most of them driver yang tolong isi. 

Rupanya nan hado dah sekarang. Pepandai la korang isi sendiri. Dorang just provide kad putih itu saje ye.

Ramai jugak manusia awal pagi ni pun tapi ok la tak sesak sangat. Fyi untuk korang, ada satu lane tu kononnya khusus untuk warganegara Malaysia sebab just lalu and scan je passport tapi rupanya lane tu lah yang paling labi-labi.


Lane manual kaunter lagi laju walaupun baris sama panjang. Aku tau pun sebab aku kena marah dengan driver bas sebab pergi lane tu. Dia cakap better u tukar lane, kalau lambat naik bas balik bye-bye la jawabnya.


Dah siap semua moh kita ke Sadao-Hatyai border lak. Dekat je jalan kaki pun boleh dalam 5 minit. Tapi dah ada bas naik jela bas tu balik.


Bila sampai je sini, manusia sangatlah ramai. Tak tau datang mana tetiba. Sejam jugak la spend time untuk cop.

Aku tengok ada yang main cut queue je kadang tu. Berapi berbulu je rasa. Ni mesti sogok officer tu.



Hatyai immigration - macam pondok kutip duit tol je

Setel semua then bas bergerak ke Hatyai town. Almost 40 minit jugak perjalanan ke town. Masa ni la aku rasa macam tak sangka berjaya jugak jejak kaki sorang diri ke obersi walaupun Hatyai je..haha.



Otw ke bandar Hatyai


View dari dalam tingkap bas


Tingkap bas lagi




Wayar berselirat only in Thailand

Bas Alisan ni akan berhentikan korang betul-betul depan kaunter dorang. So senang mana yang beli tiket return tu. Tak payah menggagau cari. Dorang jugak akan angkat beg korang masuk dalam kaunter.

Turun je dari bas aku disambut dengan meriah bagai anak raja oleh motor driver,tuktuk and segala tour operator yang ada dekat situ atau dengan kata lain kau kena serbu. Macam gula kena hurung semut pun ye jugak.

Sangat la rimas rasa nak penabuh sorang-sorang. Dalam berjaga-jaga tak nak amik servis dorang ni sekali termakan jugak. Yela 1st time kan. Blur ubi lak tu baru turun bas. Walaupun dah khatam banyak blog warning pasal kes serbu menyerbu ni tapi theory is different from reality kekdahnye.

Ada la sorang motor driver ni approach aku cakap nak pergi mana. Aku kata boleh tak hantar ke stesen bas nak ke Krabi. Dia pun on je. Sekali mamat ni drop aku dekat kampeni travel agent yang sekangkang kera je dari kaunter bas Alisan. Ada share le tu. Dah la cas aku RM3 untuk jarak yang kau boleh je jalan kaki sendiri. Aku bayar in ringgit sebab takde small Baht money.

Aku pun malas nak bertekak so aku turun je situ. By the way kalau korang nak tau, tempat yang dia drop aku tu betul-betul depan stesen keretapi Hatyai. Maksudnya if korang naik bas Alisan, dekat je la nak naik keretapi ke next destination.

Dah alang-alang dia berhentikan aku dekat travel agent, aku pun merisik la harga van dorang untuk ke Krabi. Dekat sana mini bus tu adalah sebuah van ye. Mula aku pun blur. Cakap je la van kan senang.

Aku survey paling murah dalam 450 Bath ke Krabi. Not sure plak one way ke return. Lupa nak tanya lebih sebab aku dah decide nak naik bas.

Korang haruslah rajin survey harga kalau nak naik van ni sebab harga tak tetap. And nego la semurah mungkin.

Then aku pun tahan tuktuk untuk pergi ke real bas stesen. Adalah dalam 15 minit. Dia cas aku 80 Bath sebab alasan aku je customer dia dalam tuktuk tu. Agak mahal tapi lantaklah janji sampai.
Hatyai Municipal Bus Terminal



Waiting area


Dekat situ ada banyak kaunter untuk ke mana-mana je dalam Thailand ni. Kira main station bus dekat Hatyai la. Aku dengar ada satu lagi stesen bas tapi kecik. Maybe tak cover semua tempat. Sebab bila aku nak naik tuktuk tu dia ada tanya nak pergi stesen bas yang mana.

Korang cari je signboard yang tulis Krabi. Tak ingat kaunter no berapa. Dorang pun ada banyak option, van aka mini bus, bas eksekutif & bas biasa. Opkos la aku pilih bas biasa sebab paling murah which was 167 Baht one way. Return aku nak beli dari Krabi sebab timing balik dari stesen bas ni tak kena dengan itinerary aku.
Bas biru tu bas eksekutif



Korang jangan ingat bas eksekutif tu gah sangat sebab nama dia eksekutif. Bas tu just macam bas double deck kita kat Msia je. Bas biasa lak adalah sangat tak sesuai kalau korang jenis kejar masa or cerewet sebab bas ni agak hazab. Seat keras and sempit dengan ekon sepoi-sepoi bahasa. Berbaloi la dengan harga yang aku bayar.

Bas biasa ni sebenarnya bas ting ting. Bas berhenti-berhenti tu. Macam bas Rapid or Metro, bezanya dia long distance. Kalau selalu boleh sampai Krabi dalam 4 jam, naik bas ni drag la sikit 5 jam baru sampai.



Bas biasa-luaran memang cantik
 Aku sampai stesen bas tu awal jugak la dalam 9 lebih. Tiket aku paling awal pun 12.30 pm. Melangut la kat situ tengok gelagat orang. Nak jalan-jalan area situ takut tak ingat jalan balik..haha..aku kadang-kadang minah blur.

Nak makan pun tak lapar sangat sebab aku dah bawak roti sardin High 5 dari Keyel. Excited pun ye so perasaan lapar otomatik terhakis. Ahakss



Adik ni satu bas dengan aku..satu badan mak dia salut bedak sejuk






Wednesday, 30 December 2015

Cara renew passport di UTC Sentul

  19 Dec 2015 Ahad lepas aku pergi ke UTC Sentul untuk renew passport. 5 tahun dulu aku buat passport dekat Jabatan Imigresen Sri Rampai. Masa tu RM300 untuk 5 tahun. Dulu buat passport leciaq sikit sebab kena tangkap gambar siap-siap before apply passport. Sekarang senang, boleh tangkap terus gambar dekat sana..free lak tu..termasuk harga passport.

  Sape yang hilang passport lama macam aku, silalah bawak IC and potostet IC sekeping. Kalau tak hilang, bawak je passport lama..itu saje. Untuk passport baru bawak IC and potostet IC. Orang kaunter tu cakap kalau hilang lagi kena buat passport dekat pejabat cawangan Jalan Duta tu. Ekceli aku lupa letak mana passport tu. Aku rasa hilang dalam rumah je. Kalau korang lupa potostet IC, ada kaunter potostet mesin dalam pejabat imigresen tu. Sangat menyenangkan hidup kan. Aku tak tau so aku dah potostet siap dekat luar.

  Masa aku sampai UTC tu adalah dalam 10.30 pagi. No giliran aku 1189 and current no masa tu 1035. Bayangkan betapa azab nak tunggu. Aku ada baca blog suruh datang awal pagi before kaunter bukak tapi aku degil. Ingatkan orang tak ramai la kan. Tapiiiiii....sangat ramai umat manusia dalam tu.So dinasihatkan korang datang la awal ye. Kaunter lak bukak 4 je. Kalau tak buat sekarang, minggu depan dah nak travel. Maka terpaksa la menunggu.



cilok dari google
  Dalam sejam lebih gitu aku tengok no still merangkak macam labi-labi, then aku decide pergi ke Ampang Park untuk tukar duit. Yang tu nanti aku cerita..Balik dari Ampang Park dalam kul 12, pun takde banyak kemajuan, so aku g lunch dulu dekat foodcourt UTC Sentul. Lepas tu masuk balik dalam tu and tungguuuu..Kematu bontot kerusi besi licin yang suka melorot tu. Meloat rasa. Aku siap maraton tengok 2,3,4 cerita 2 Days 1 Night. Aku rasa sape yang rumah dekat tu better balik la lepak rumah. Lagi bagus.

  Pukul 4 lebih baru la no aku kena panggil. Bayangkan la hoiii..Pergi kaunter tangkap gambar. Make sure untuk yang bertudung supaya memakai kaler yang gelap-gelap sikit. Kalau tak pegawai tu akan suruh korang sarung je tudung yang dorang provide. Bersiap la korang depan pegawai tu. Bilik mekap tak disediakan ye.Baju aku rasa no problem kaler apa pun sebab dalam passport nanti nampak gambar muka semata je. Black and white lak tu. Sia-sia je aku mekap.


  Lepas dah tangkap gambar sume, tunggu no dipanggil lagi skali untuk pembayaran. Lupe nak gitau, aku tak payah isi borang apa pun. Kalau untuk 1st time buat tak sure la pulak. Tak ingat dah dulu cemana aku buat. So dalam 15 minit, aku ke kaunter bayaran. Dapat resit and tunggu lagi. Memang kesabaran tinggi sangat diperlukan nak renew passport pun..isk iskk. Dalam sejam lepas bayar tu dapat la passport aku. Memang dorang janji dalam sejam gitu la pun. Teka aku balik pukul berapa. Hihi..5.50 pm ! Sari suntuk aku habis buat passport semata..haha.

Passport aku



Waktu operasi Pejabat Imigresen UTC Sentul


8.30 pagi - 10.00 malam

Beroperasi setiap hari KECUALI cuti umum

Kategori bayaran


1) 13 - 59 tahun          RM200

2) 60 tahun ke atas      RM100
3) 12 tahun ke bawah  RM100
4) Jemaah haji             RM100
5) Orang Kelainan Upaya (OKU)  Percuma