Trip ni adalah trip solo pertama aku ke luar negara. Walaupun dekat je dan tak asing sangat dengan penduduk Malaysia..hihi..
Aku suka baca blog-blog melancong ni. Tu yang jadi terinspirasi nak pegi merasa jugak selagi badan dan kewangan masih mengizinkan. Especially as a solo backpacker since aku takde geng yang nak ikut. Bespren aku dah kawin..sobsobss
Kalau tak dia la geng sehati sejiwa aku yang suka ikut berjalan. Nak tunggu member lain berjanggut la. Macam-macam alasan. Trip aku ni cuma 4 hari 3 malam.
23 Dec 2015 - Rabu (malam)
Sempena cuti umum Khamis (Maulud Nabi) & Jumaat (Christmas), aku pun lajakkan terus cuti tu sampai Ahad.
Tak payah susah nak apply cuti sebab bos aku tu sangat kedekut nak bagi cuti. Nyampahhh..
Aku plan ni pun mengejut sebab awal bulan Dec hari tu baru aku perasan ada cuti umum hujung bulan. So ape lagi kan, menggeletis kaki ni nak berjalan.
Rabu tu aku masih berkerja. Sebab bas aku malam pukul 10.45 pm. Aku book online dekat website ni www.busonlineticket.com .
Plan awal nak merasa naik sleeper train to Hatyai tapi tiket semua seat dah habis la pulak. Tiket duduk pun habis uolss.
Sebab musim cuti kot.
Masa pegi aku book bas Alisan Golden coach RM 70. Ni je yang paling murah. Tak tau la kalau dapat lagi murah beli kat kaunter. Executive seat rasanya sebab tiket bas murah lain dah habis. Kalau ada pun perjalanan pagi dan akan sampai Hatyai malam.
![]() |
Cilok dari Google |
Aku nak sampai Hatyai pagi sebab nanti jimat banyak masa. Masa balik pulak aku book bas biasa, Intertop Express. Harga tiket RM 55.
![]() |
Cilok dari Google jugak |
Nanti korang print je confirmation tiket yang dia hantar by emel dan tunjukkan dekat kaunter untuk penukaran tiket sebenar before boarding.
Tak print emel tu pun takpe sebab dia just nak no booking korang je. Tapi in case hp korang habis bateri ke internet problem ke ape kan..print je la senang.
Bas Alisan aku tu based dekat Desa Kompleks Kepong. Ada yang dari Terminal Bersepadu Salak Selatan (TBS) tapi timing yang aku book tu kena naik dari Kepong.
Masa balik pulak bas Intertop tu akan campak aku dekat TBS. Macam pening je kan
![]() |
Kompleks Desa Kepong - Google |
Disebabkan balik nanti takde sape nak jemput. By the way, rate masa aku park tu just RM4 per day = 24 jam. Worth it la dari tempat lain.
![]() |
Tengah tunggu komuter dari TBS ke Stesen Kepong Sentral |
Masa berhanti ni driver akan kutip passport korang semua. Aku ingat dorang nak tolong isi white card @ immigration card la sebab aku baca dalam blog sebelum ni most of them driver yang tolong isi.
Rupanya nan hado dah sekarang. Pepandai la korang isi sendiri. Dorang just provide kad putih itu saje ye.
Rupanya nan hado dah sekarang. Pepandai la korang isi sendiri. Dorang just provide kad putih itu saje ye.
Ramai jugak manusia awal pagi ni pun tapi ok la tak sesak sangat. Fyi untuk korang, ada satu lane tu kononnya khusus untuk warganegara Malaysia sebab just lalu and scan je passport tapi rupanya lane tu lah yang paling labi-labi.
Lane manual kaunter lagi laju walaupun baris sama panjang. Aku tau pun sebab aku kena marah dengan driver bas sebab pergi lane tu. Dia cakap better u tukar lane, kalau lambat naik bas balik bye-bye la jawabnya.
Dah siap semua moh kita ke Sadao-Hatyai border lak. Dekat je jalan kaki pun boleh dalam 5 minit. Tapi dah ada bas naik jela bas tu balik.
Bila sampai je sini, manusia sangatlah ramai. Tak tau datang mana tetiba. Sejam jugak la spend time untuk cop.
Aku tengok ada yang main cut queue je kadang tu. Berapi berbulu je rasa. Ni mesti sogok officer tu.
![]() |
Hatyai immigration - macam pondok kutip duit tol je |
Setel semua then bas bergerak ke Hatyai town. Almost 40 minit jugak perjalanan ke town. Masa ni la aku rasa macam tak sangka berjaya jugak jejak kaki sorang diri ke obersi walaupun Hatyai je..haha.
Bas Alisan ni akan berhentikan korang betul-betul depan kaunter dorang. So senang mana yang beli tiket return tu. Tak payah menggagau cari. Dorang jugak akan angkat beg korang masuk dalam kaunter.
Turun je dari bas aku disambut dengan meriah bagai anak raja oleh motor driver,tuktuk and segala tour operator yang ada dekat situ atau dengan kata lain kau kena serbu. Macam gula kena hurung semut pun ye jugak.
Sangat la rimas rasa nak penabuh sorang-sorang. Dalam berjaga-jaga tak nak amik servis dorang ni sekali termakan jugak. Yela 1st time kan. Blur ubi lak tu baru turun bas. Walaupun dah khatam banyak blog warning pasal kes serbu menyerbu ni tapi theory is different from reality kekdahnye.
Ada la sorang motor driver ni approach aku cakap nak pergi mana. Aku kata boleh tak hantar ke stesen bas nak ke Krabi. Dia pun on je. Sekali mamat ni drop aku dekat kampeni travel agent yang sekangkang kera je dari kaunter bas Alisan. Ada share le tu. Dah la cas aku RM3 untuk jarak yang kau boleh je jalan kaki sendiri. Aku bayar in ringgit sebab takde small Baht money.
Aku pun malas nak bertekak so aku turun je situ. By the way kalau korang nak tau, tempat yang dia drop aku tu betul-betul depan stesen keretapi Hatyai. Maksudnya if korang naik bas Alisan, dekat je la nak naik keretapi ke next destination.
Dah alang-alang dia berhentikan aku dekat travel agent, aku pun merisik la harga van dorang untuk ke Krabi. Dekat sana mini bus tu adalah sebuah van ye. Mula aku pun blur. Cakap je la van kan senang.
Aku survey paling murah dalam 450 Bath ke Krabi. Not sure plak one way ke return. Lupa nak tanya lebih sebab aku dah decide nak naik bas.
Korang haruslah rajin survey harga kalau nak naik van ni sebab harga tak tetap. And nego la semurah mungkin.
Then aku pun tahan tuktuk untuk pergi ke real bas stesen. Adalah dalam 15 minit. Dia cas aku 80 Bath sebab alasan aku je customer dia dalam tuktuk tu. Agak mahal tapi lantaklah janji sampai.
![]() |
Hatyai Municipal Bus Terminal |
![]() |
Waiting area |
Dekat situ ada banyak kaunter untuk ke mana-mana je dalam Thailand ni. Kira main station bus dekat Hatyai la. Aku dengar ada satu lagi stesen bas tapi kecik. Maybe tak cover semua tempat. Sebab bila aku nak naik tuktuk tu dia ada tanya nak pergi stesen bas yang mana.
Korang cari je signboard yang tulis Krabi. Tak ingat kaunter no berapa. Dorang pun ada banyak option, van aka mini bus, bas eksekutif & bas biasa. Opkos la aku pilih bas biasa sebab paling murah which was 167 Baht one way. Return aku nak beli dari Krabi sebab timing balik dari stesen bas ni tak kena dengan itinerary aku.
![]() |
Bas biru tu bas eksekutif |
Korang jangan ingat bas eksekutif tu gah sangat sebab nama dia eksekutif. Bas tu just macam bas double deck kita kat Msia je. Bas biasa lak adalah sangat tak sesuai kalau korang jenis kejar masa or cerewet sebab bas ni agak hazab. Seat keras and sempit dengan ekon sepoi-sepoi bahasa. Berbaloi la dengan harga yang aku bayar.
Bas biasa ni sebenarnya bas ting ting. Bas berhenti-berhenti tu. Macam bas Rapid or Metro, bezanya dia long distance. Kalau selalu boleh sampai Krabi dalam 4 jam, naik bas ni drag la sikit 5 jam baru sampai.
![]() |
Bas biasa-luaran memang cantik |
Nak makan pun tak lapar sangat sebab aku dah bawak roti sardin High 5 dari Keyel. Excited pun ye so perasaan lapar otomatik terhakis. Ahakss
![]() |
Adik ni satu bas dengan aku..satu badan mak dia salut bedak sejuk |